Bekas Setiausaha DUN Perak sertai PAS

Ketika berkhidmat, beliau adalah antara yang dilihat menjadi alat Barisan Nasional untuk merampas kerajaan negeri Perak.


Namun, semalam Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri yang dilanda kontroversi semasa insiden rampasan kuasa di Perak bersama-sama dengan PAS.

Beliau dilihat ketika program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru PAS yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri, semalam.

Kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama Adun-Adun PAS yang hadir ke program tersebut.

Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya.

Tetamu istimewa dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS Negeri.

Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan seperti Bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim, Bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Omar, Bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin dan ramai lagi.

Pelakon yang terkenal dengan watak Lefternan Adnan, Hairie Othman bersama Leman Raja Lawak turut memeriahkan majlis.

Abdullah Antong yang diberi peluang untuk berucap berkata, kehadirannya ke program tersebut untuk menzahirkan sokongannya terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

1 comment:

  1. Howdy! Ӏ know thіs is kind of off-topic hߋwever I needed
    to ɑsk. Does building a well-established website lіke
    yours taƙе a large amount of work? I'm brand new to blogging howеѵеr І do write in mү journal
    еνery day. I'd likе tߋ start a blog ѕo I ϲan easily share mу experience and
    views online. Ƥlease lеt me knoա if ƴou havе any
    ideas or tips fоr new aspiring blog owners. Аppreciate іt!


    Looк аt mү web-site; payday loans

    ReplyDelete