Bagus umpan politik tapi Najib tak yakin

Biarpun bersetuju dengan hasrat Perdana Menteri untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU), PAS tetap menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai keyakinan untuk membubarkan parlimen.

Tiada 'feel good factor' bagi parti Melayu terbesar itu dikatakan antara sebab mengapa Presiden Umno itu tidak mengadakan pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk rakyat yang disifatkan sebagai umpan politik, ia tidak mampu menarik sokongan rakyat terhadap BN.

"Sebelum ini, pelbagai imbuhan diberikan kerajaan terhadap rakyat. Baguslah...cuma tidak mampu menarik sokongan rakyat terhadap parti dia," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Salahuddin juga berkata dengan kebangkitan rakyat yang menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin hari membuatkan Najib semakin terdesak dan bimbang untuk mengadakan pilihan raya.

Maka, tambah ahli parlimen Kubang Kerian itu, pelbagai alasan dijadikan jalan keluar seperti 'memenuhi mandat rakyat' untuk tidak memanggil pilihan raya umum ke-13.

Tarikh mengenai pilihan raya terus menjadi tanda-tanya ramai pihak apabila Najib dilihat tidak bersedia untuk membubarkan parlimen.

Malah, tindakan Najib itu juga menimbulkan keresahan di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS berhubung kemungkinan Najib memanggil pilihan raya umum pada musim haji.

Labih-lebih lagi, Najib sendiri tidak menafikan kemungkinan tersebut (pilihan raya di musim haji), malah menyatakan ia pernah dilakukan sebelum ini.

Kemuncak dari pelbagai persoalan mengenai tarikh pilihan raya ini apabila Najib dikatakan akan membubarkan parlimen, petang semalam selepas pertemuan dengan anggota tertinggi BN.

No comments:

Post a Comment