NFC tuntut RM500j dari Rafizi dan Malaysiakini

National Feedlot Corporation (NFC) menuntut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan portal berita Malaysiakini membayar gantirugi sejumlah RM500 juta kerana menerbitkan laporan yang didakwa memfitnahnya.

Ia membabitkan tulisan dalam bahasa Melayu di blog Rafizi pada 7 Mac bertajuk "Skandal NFC: Bukti bagaimana dana awam untuk projek fidlot telah digunakan sebagai 'jaminan' pinjaman peribadi untuk membeli 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, Bangsar. "

Surat itu juga merujuk kepada rakaman video Malaysiakini.tv mengenai sidang akhbar Rafizi pada 7 Mac yang bertajuk "More properties in Bangsar bought by NFC directors."

Surat tuntutan itu dihantar kepada Rafizi dan Mkini Dot Com Sdn Bhd pagi ini melalui pos berdaftar, oleh firma guaman Wan Shahrizal Hari & Co.

Ia menyatakan bahawa laporan-laporan itu telah menfitnah NFC dan Pengerusinya Datuk Mohamad Salleh Ismail serta syarikat induk NFC, Agroscience Industries Sdn Bhd.

Turut terjejas, surat itu mendakwa ialah Real Food Company Sdn Bhd, yang juga dimiliki oleh keluarga Salleh.

Oleh itu, mereka menuntut Rafizi membayar RM300 juta sebagai gantirugi dan Malaysiakini RM200 juta.

Surat itu juga menuntut Rafizi dan Malaysiakini memohon maaf dan menariknya balik atas terma-terma yang diluluskan oleh pihaknya yang hendaklah disiarkan dalam dua akhbar nasional, serta akujanji bertulis bahawa penerbitan itu tidak akan diulangi.

Apabila dihubungi, Rafizi berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan peguamnya.

No comments:

Post a Comment