Ayuh ke Demo Mansuh Tol Batu Tiga dan Sg. Rasau

Pakatan Rakyat Selangor mahu menjadikan 13 Mei ini sebagai "tarikh pepaduan" pelbagai kaum dan agama dengan menganjurkan perhimpunan menuntut pemansuhan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, sebelum ini tarikh tersebut diperingati sebagai "hari perkauman dan perpecahan" rakyat di negara ini.

"Sehubungan itu kita nak ingatkan (tarikh itu) sebagai hari perpaduan dan kesatuan rakyat iaitu kita menuntut supaya tol tersebut dimansuhkan," tambahnya.Walaupun menuntut pemansuhan dua tol itu, perhimpunan mereka hanya diadakan di Tol Batu Tiga.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam pagi ini, Khalid berkata pemansuhan tol itu merupakan janji Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 dan pihaknya bertujuan memberikan tekanan kepada Pusat bagi memansuhkannnya.

2 comments: