Ketua Wanita MCA Melaka Pertahan Tindakan Hadiri BERSIH 3.0

Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada Sabtu lepas.

Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai waraganegara yang prihatin.

"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan dalam perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih. "Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong," katanya ketika dihubungi Bernama semalami.

Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka menyifatkan tindakan pemimpin veteran MCA itu sebagai satu sabotaj dan menikam BN dari belakang yang akan menyusahkan MCA dan BN.

Mengulas lanjut, Kian berkata tindakannya itu tidak sama sekali dilihat sebagai anti kerajaan. "Saya berasa saya tidak bersalah dalam hal dan kehadiran saya sebagai warganegara yang prihatin dalam isu nasional ini," kata bekas senator itu.

1 comment:

  1. Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati,

    Dengan hormatnya sini, Kami ingin memaklumkan bahawa “MCA GOMBAK” YIP KUM FOOK(YIP KUM FOOK & ASSOCIATES), LOW MEI LAN(ISTERI) dan anak mereka YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat : NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR (YIP JIUN HANN & ASSOCIATES)

    Harap semua rakyat Malaysia mengambil perhatian dan jauhkan orang yang tersebut kerana jangan terkena tipu

    Mereka sangat jahat dan hatinya hitam(kejam), sanggup menipu wang wanita, merosak keluarga orang lain dan sendirinya memakan wang Temple, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, dan berpura-pura merepot ke polis resit hilang.........harap perhatian

    Sekian dimaklumkan,

    Terima Kasih

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
    KAMI HANTAR MESEJ INI SEBAB RAMAI ORANG KENA TIPU DAN PEMINTASAN DI KEPONG...HARAP ORANG RAMAI BERJAGA-JAGA DENGAN MEREKA TERSEBUT

    ReplyDelete