Rugikah kerajaan apabila menangung RM43 bilion jika pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Betulkah kerajaan kerugian besar.Setujukah anda bahawa kerajaan akan rugi besar apabila RM 43 bilion tidak dibayar oleh 1.9 juta yang dapat pinjaman PTPTN tersebut.
Jika ada yang setuju, mereka itu merupakan rakyat yang mempunyai IQ yang terlalu rendah.Kenapa? macam mana boleh rugi, sedangkan 1.9 juta orang itu adalah asset Negara.
Pada ana Asset Negara 1.9 juta orang itu lebih mahal berbanding dengan wang sebanyak RM43 bilion jika PTPTN dari pinjaman ditukar pada biasiswa atau dermasiswa. Atau dengan kata lain pendidikan percuma yang akan dilaksanakan jika PKR memerintah nanti.
Tetapi malangnya Perdana Menteri, 1 Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya dimansuhkan seperti janji yang dibuat oleh pihak pembangkang jika mereka memerintah, ia akan menjadi beban kepada kerajaan.
Banyak lagi bebanan lain yang lebih besar dan berat berbanding RM 43 bilion sepertimana ketirisan dan kebocoran wang kerajaan hasil laahgunkuasa, penyeleweangan dan rasuah yang berlaku bermaharajalela kini.
Apa sudah jadi dengan perdana menteri 1 Malaysia yang menghabiskan wang yang tak beri manfaat langsung kepada rakyat RM 28 bilion yang telah disifatkan oleh audit negera sebagai tiris dan bocor.Bagaimana pula laporan sebelum ini?
Membelanjakan wang sebanyak RM 43 bilion untuk melahirkan asset Negara dianggap sebagai beban dan merugikan kerajaan, sedangkan melakukan salahgunakuasa menerusi ketirisan dan kebocoran bukan beban.
Adakah wang sebanyak RM 28 bilion yang tiris dan bocor tidak akan ditanggung kosnya oleh rakyat. Kalau kerajaan tak kena tanggung mana mungkin pihak kerajaan sedaya upaya untuk mengenakan cukai itu dan ini yang pasti akan membebankan rakyat
Cadangan menghapus kira pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menjadi janji baru pembangkang boleh meringankan beban rakyat yang sudah lama berat, termasuk disenaraihitamkan dan tindakan saman yang seolah olah mencabuli hak asasi kemanusiaan.
Jika langkah itu diambil, ia baru boleh dikatakan rakyat telah mendapat manfaat dari yang diberi amanah memerintah Negara ini, berbanding manakah manfaatnya selain di bebani hutang membeli rumah loan kerajaan faedah 4 peratus sejumlah RM400, dan ansuran kereta RM 1,000 tiap bulan.
Apatah lagi telah dikenakan cukai pendapatan sebanyak 40 peratus daripada pendapatan .Pendek kata mereka itu terpaksa tanggung hutang sampai mati.
Senjahterakah rakyat dapat RM500 setahun dan berbahagiakah rakyat anak anakanya dapat RM100 dan baucer buku RM 200 setahun. Mana dia manfaat yang diperolehi rakyat.
Wajarkah rakyat diperlakukan sedemikian rupa? Apatah lagi mereka itu adalah asset Negara."
No comments:
Post a Comment