BN sila beri alternatif jika tidak mansuh PTPTN

Sekiranya kerajaan yang ada sekarang tidak mahu memansuhkan PTPTN sila beri alternatif atau jalan keluar mereka yang dibelenggu hutang PTPTN.

1. Bolehkah kerajaan memberi jaminan IPTS yang mengenakan yuran pengajian yang tinggi, dapat memberi jaminan kepada graduannya jaminan kerja yang membolehkan mereka membuat pembayaran bulanan PTPTN?

2. Bolehkah kerajaan hadkan pengambilan kursus di IPTS selaras dengan keperluan tenaga kerja agar tidak terdapat lambakan graduan bidang kejururawatan, graduan pelatih penerbangan dan sebagainya?

3. Bolehkah kerajaan mengeluarkan senarai IPTS serta kursus yang membolehkan para graduan memohon jawatan di JPA, Kementerian Kesihatan dan sebagainya?

4. Bolehkah kerajaan mengeluarkan ranking IPTA dan IPTS , agar para peminjam PTPTN tahu kolej atau IPTS yang mereka pohon berada di kedudukan mana, adakah berbaloi dengan pinjaman yang mereka pohon?

Kesimpulannya, punca kemelut pemansuhan PTPTN ini ialah apabila ramai peminjam PTPTN yang tamat pengajian mereka dan memperolehi Diploma atau Ijazah tidak mendapat pekerjaan yang berbaloi untuk mereka membuat pembayaran balik. Kalau setakat jadi kerani, jurujual, jual burger, usahawan, lebih baik tak payah masuk IPTS dengan kadar pinjaman PTPTN yang tinggi.

Di bawah ini ranking universiti di Malaysia. Perhatikan hanya ada beberapa saja IPTS yang tersenarai.

Universities in Malaysia
2012 University Web Ranking http://www.4icu.org/my

1 Universiti Teknologi Malaysia
2 Universiti Kebangsaan Malaysia
3 Universiti Malaya
4 Universiti Teknologi MARA
5 Universiti Putra Malaysia
6 Universiti Sains Malaysia
7 Multimedia University
8 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
9 Universiti Utara Malaysia
10 Universiti Malaysia Sarawak
11 Universiti Malaysia Sabah
12 Universiti Malaysia Pahang
13 Universiti Pendidikan Sultan Idris
14 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
15 Universiti Tenaga Nasional
16 Universiti Malaysia Perlis
17 Universiti Sains Islam Malaysia
18 Universiti Teknologi Petronas
19 Universiti Kuala Lumpur
20 Universiti Teknikal Malaysia Melaka
21 Universiti Malaysia Terengganu
22 Universiti Tunku Abdul Rahman
23 Universiti Perubatan Antarabangsa
24 Universiti Malaysia Kelantan
25 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
26 Universiti Darul Iman Malaysia
27 Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing
28 Malaysia University of Science & Technology
29 Universiti Industri Selangor
30 Universiti Tun Abdul Razak
31 Management and Science University
32 Universiti AIMST

No comments:

Post a Comment