20 mahasiswa dari pelbagai IPTA/ IPTS yang berkhemah di Dataran Merdeka terus bertembung dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu meroboh dan merampas khemah mereka pagi tadi. Mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) enggan berpindah daripada kawasan itu.
Sekitar jam 9.30 pagi, satu khemah telah dirampas oleh pihak DBKL termasuk makanan/ minuman yang terdapat dapam khemah tersebut.
Seorang pelajar UPSI, Mohd Alif Asyraf telah dikasari oleh peguatkuasa DBKL menyebabkan belakang lehernya mengalami luka kecil akibat tindakan ganas orang DBKL.
Sementara itu, seorang lagi pelajar UiTM, Khalid Asmat telah dikasari ‘di dalam trak DBKL’. Beliau yang pada awalnya dipanggil oleh penguasa DBKL kononnya ingin berbincang untuk menurunkan khmenh tetapi sebenarnya pihak DBKL telah memegang keda-dua belah tangannya dan mengkasari beliau.
Peguam N. Surendran yang berada di tempat kejadian berkata mahasiswa boleh buat laporan polis kerana DBKL berkasar. Kali ini satu khemah mereka berjaya dirampas. Dengarnya mereka akan memasangkan semula dikawasan tersebut.
Kesemua mereka berusaha untuk berkhemah di Dataran Merdeka sehinggalah 28 April ini apabila pehimpunan Bersih 3.0 akan diadakan disitu.
Sesiapa yang berminat untuk mensponsor khemah boleh hadir terus ke Datarn Merdeka tempat mereka berkampung… difahamkan tadi seorang lelaki berbangsa Cina telah menyumbangkan 1 khemah bagi mengganti khemah yang telah dirampas oleh DBKL.
Terkini... para pelajar sedang memasang Banner dan sepanduk di Dataran Merdeka bagi menarik perhatian kenderaan yang melalui disitu.... Ayuh semua rakyat, ayuh semua siswa turun kedataran! Jika PTPTN dijadikan biasiswa siapa yang untung? Anda semua pasti akan berterima kasih kerana mereka buat semua ini!
No comments:
Post a Comment