UMNO mula edar risalah program kerajaan

Risalah-risalah mengandungi fakta mengenai program-program yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha mengurangkan beban rakyat diedarkan kepada orang ramai di sekitar ibu negara semalam.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, risalah itu antara lain menyenaraikan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima), Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Baucar Buku 1Malaysia dan subsidi petrol, gula, beras, tepung gandum dan minyak masak.

"Sebanyak 1,000 keping risalah itu telah diedarkan hari ini (semalam). Kami mahu menyalurkan maklumat berkenaan kepada masyarakat supaya mereka mendapat maklumat yang tepat dan benar mengenai program yang dilakukan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di sini, malam tadi.

Ahmad juga beramah mesra dengan para penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) di Bangsar sebelum bertemu dengan para penduduk PPR Desa Tun Razak.

Beliau berkata, risalah sama juga akan diedarkan di stesen bas, teksi, pusat membeli-belah dan kawasan perumahan bagi memastikan maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment