Langkah itu diambil bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong dan konsert yang diadakan sempena istiadat pertabalan baginda.
Setiausaha SMM, Haziq Abdul Aziz dan Setiausaha Aksi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham juga berkata, pihaknya juga memutuskan untuk membatalkan rancangan menghantar memorandum kepada Agong esok. Sebelum ini, laporan media memetik SMM berkata satu memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan tuntutan dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Cadangan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong ditarik balik," kata Haziq. "(Jadi) individu yang ingin berkumpul di Dataran Merdeka adalah tanggungjawab mereka sendiri," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Kata beliau, mereka akan berhimpun semula dan akan mendirikan khemah pada Ahad ini, mulai jam 2 petang dan ia akan berterusan sehingga 28 April - pada hari Bersih 3.0 mahu mengadakan perhimpunan. "Dan, kelas-kelas ceramah dan sidang rakyat waktu malam tetap akan berlangsung seperti biasa," kata beliau lagi.
Dalam perkembangan lain, Haziq bersama mahsiswa lain hargai bantuan Pemuda Pas Pusat yang mengarahkan Unit Amalnya untuk mengawal keselamatan aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka pada waktu malam ekoran insiden serangan awal pagi semalam.
“Kami juga akan membentuk satu pasukan untuk membantu Unit Amal untuk berjaga pada waktu malam,” katanya.
Setiausaha Pemuda Pas Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, langkah ini diambil berikutan kejadian 40 orang aktivis terbabit didakwa diserang 60 gengster ketika sedang berkhemah.
No comments:
Post a Comment