UMNO sudah terima senarai calon PRU13, adakah Hasan Ali tercalon?

Umno pusat sudah menerima semua senarai nama calon parti itu yang berpotensi bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Senarai nama calon itu diterima dari bahagian-bahagian parti secara berperingkat sehingga tarikh akhir penyerahan pada 2 April lepas, katanya.

Beliau berkata semua bahagian Umno telah diminta mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi menamakan calon-calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagaimanapun senarai nama calon yang diutarakan kepada pucuk pimpinan ini bukan muktamad," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang, di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, berkata beliau juga telah meminta parti komponen BN lain untuk menyenaraikan nama-nama calon di kawasan yang akan ditandingi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya telah menghantar sembilan nama calon untuk bertanding kerusi Parlimen Tanjong Karang dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Sungai Burong dan Permatang.

"Calon yang tersenarai ini termasuk penyandang sendiri dan salah seorang mereka adalah seorang profesional. Justeru, terpulang kepada Perdana Menteri untuk memutuskannya," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Adnan meminta jentera BN menangkis segala tohmahan yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan serta berhati-hati dengan serangan pembangkang yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat.

"Sebahagian besar pemimpin pembangkang pernah berjuang bersama BN dahulu dan mereka arif mengenai gerak geri BN.

"Jangan leka dan alpa dengan tindakan sebahagian besar pembangkang yang tahu mengenai gerak geri kita yang dijadikan taktik (pembangkang) untuk menghancurkan kita," katanya.

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) BERBOHONG DAN MENIPU WANG RAKYAT

    Undi Cina di Kuala Ampang adalah penting untuk menentukan kemenangan BN di Hulu Kelang Gombak pada pilihan raya umum.

    Selangor MCA operasi pusat pengarah Datuk Yip Kum Fook berkata penduduk di Ampang Chinese New Village Kuala perlu untuk menyampaikan undi bagi membolehkan BN untuk menang di Hulu Kelang.

    Menurut beliau, dalam tempoh lima tahun lalu, kampung baru telah menyaksikan banyak perubahan positif termasuk menaik taraf jalan, pasaran dan gelanggang bola keranjang yang dilindungi.

    Beliau berkata masyarakat Cina dari kampung mewakili 15% daripada pengundi Cina, yang merupakan batas yang besar.

    "Saya tidak nampak sebab mengapa orang Cina tidak akan mengundi Barisan. Ini adalah satu-satunya kampung baru di kawasan itu dan kami menerima beberapa juta ringgit untuk menaik taraf kawasan itu untuk rakyat, "kata Yip Kum Fook, yang juga pengerusi MCA Gombak.

    Beliau berkata, mereka sedang merancang untuk menaik taraf kuil Cina di kampung baru jika Barisan telah diberi mandat di Gombak.

    "Kami juga akan terus bertemu rakyat di sini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Kami percaya calon-calon yang mesti dicapai pada setiap masa, "katanya.

    Yip berkata demikian pada majlis makan malam 1Malaysia dengan kira-kira 800 penduduk dari kampung baru.

    Acara ini telah diadakan untuk memperkenalkan dasar-dasar dan rancangan untuk rakyat kerajaan BN.

    Turut hadir ialah Pengerusi BN Gombak Abdul Rahim Kamaruddin yang berharap rakyat dapat menghargai pelan transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Abdul Rahim berharap untuk menjadikan kampung baru Cina ke tempat ikonik bagi pelancong untuk melawat, ia memanggil Chinatown Gombak.

    Pada majlis itu, 102 hadiah cabutan bertuah telah disampaikan termasuk hadiah utama sebuah televisyen LED dan satu iPad.

    Pemenang LED televisyen Chan Soo Lian, 80, berkata, kemenangan itu adalah satu kejutan yang dialu-alukan.

    Chan telah tinggal di kampung itu selama lebih daripada 50 tahun dan telah menyaksikan peralihan kampung.
    Bagi beliau, Kuala Ampang adalah kejiranan yang tenang dan selamat dan dia ingin memastikan ia tetap sama.

    Olih: Thestar

    ReplyDelete