Pemimpin BERSIH otak tidak berapa sihat kata Ibrahim Ali

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 bersifat "otak tidak berapa sihat" kerana berkeras untuk mengadakan acara tersebut di Dataran Merdeka walau ditawarkan lokasi alternatif.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Ibrahim berkata golongan itu juga bersikap "degil" kerana mahu melanggar undang-undang dengan berbuat demikian.

"Otak mereka tak berapa sihat. Orang yang suka melanggar undang-undang dan degil ini otak tak berapa bersih. "Inilah yang dikata diberi betis nak paha," katanya lagi.

Tambahnya, penganjur berkenaan sepatutnya mematuhi dan menghormati keterbukaan kerajaan yang membenarkan perhimpunan tersebut diadakan.

2 comments:

  1. Otak yg tk sihat sbnar ny otak brahim sndri.Bkn shj tk sihat malah tk betul.Sbuk nk mlobi utk jd calon dlm PRU13 smpai sanggup tawar kn diri utk bertanding di Permatang Pauh.Jgn kn dgn DSAI,dgn DS Wan Azizah pun tk lepas.

    ReplyDelete
  2. BUDAKBOY

    dasar org tak sedor diri dan tak tau bersyukur. last election, TGNA bagi bertanding. PRU 13 ni bertanding le kat PASIR MAS lagi.

    apa takut beb, kubur kuat hang tu. opsss.. tersasul ada huruf R pulak..

    ReplyDelete