Himpunan Solidariti Hijau Semalaysia Stop Lynas 13 April Di Seluruh Negara

Merujuk kenyataan media kami keluarkan pada 4 April 2012 lalu dalam sidang akhbar di Mahkamah Jalan Duta, maka pada hari ini gabungan dalam Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas (SHS-SL) dengan sukacita mengumumkan lokasi-lokasi perhimpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas dijadualkan akan diadakan di seluruh negara pada 13 April 2012, selepas sembahyang Jumaat.

Berikut adalah senarai lokasi perhimpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas:
Bil. Negeri Lokasi * Catatan
1. Selangor & KL Dataran Shah Alam (Berhampiran MBSA), Shah Alam
2. Pahang Masjid Al-Fatah, Batu 3, Kuantan, Pahang.
3. Perak Tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu, Perak. 3.00 petang.
4. Pulau Pinang Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, P. Pinang.
5. Terengganu Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu, Terengganu.
6. Melaka Masjid Al Azim, Melaka
7. Johor Masjid Daerah Batu Pahat, Batu Pahat, Johor.
8. Kedah Dataran Jam Besar, Sungai Petani, Kedah.
9. Negeri Sembilan Taman Tasik Seremban, Hadapan Masjid Negeri, Seremban.
10. Kelantan Dataran Ilmu, Kota Bharu, Kelantan 10.30 pagi **
11. Sarawak Masjid At Takwa, Miri, Sarawak.

Nota: * Semua nama masjid dinyatakan dalam senarai di atas hanya sekadar merujuk nama masjid sebagai petunjuk lokasi terhampir dari tempat sebenar perhimpunan telah dirancang. Pihak SHS-SL sama-sekali tidak pernah merancang apa-apa perhimpunan yang kononnya bakal diadakan di dalam kawasan mana-mana masjid.

** Himpunan di Kelantan akan dimulakan selepas kuliah mingguan Tok Guru Nik Abdul Aziz pada jam 10.30 pagi. Kecuali bagi Kelantan dan Perak, semua himpunan akan bermula selepas solat Jumaat.
Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin supaya menyertai himpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas ini yang akan diadakan di seluruh negara, selepas solat Jumaat pada 13 April 2012.

Matlamat inisiatif Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas menganjurkan himpunan soldariti di seluruh negara sejak pertama kali dianjurkan pada 26 Februari lalu (tanda solidariti mendukung Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan) adalah untuk mengangkat kesedaran alam sekitar dan perjuangan penduduk kampung di Gebeng dan Kuantan itu agar menjadi sebuah kempen berkenaan alam sekitar yang besar dan penting –isu penting di peringkat nasional-- yang mampu menarik keprihatinan seluruh rakyat di seluruh pelosok negara.

Perhimpunan aman solidariti di seluruh negara ini juga sekaligus bertujuan untuk mematahkan putar-belit pihak tertentu yang cuba memomokkan bahawa kempen Hentikan Lynas ini cuma sekadar isu terpencil yang hanya melibatkan masalah tempatan penduduk Kuantan semata-mata. [Bersambung]

No comments:

Post a Comment