Ini khabar yang kami dengar. Sudah ada persetujuan pihak tinggi untuk Ummi Hafilda dicalunkan menentang Azmin.
Buat masa ini, ura-ura berkata Azmin tidak akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa.
Ini berlainan dari sangkaan ramai bahawa Azmin mahukan jawatan Menteri Besar Selangor, dia dipercayai akan hanya dicalun untuk Parlimen saja. Teori ini timbul apabila Khalid dilapurkan tukar alamat dari Ijok ke Lembah Pantai.
Azmin yang sekarang merupakan ahli Parlimen Gombak berkemungkinan akan mempertahankan kerusi Gombaknya. Namun ada desas desus dia akan bertanding di Lembah Pantai kerana Nurul Izzah dijangka akan kalah teruk di Lembah Pantai jika pertahankan kerusi Lembah Pantai.
Desas desus memberitahu bahawa Ummi tidak ditentukan lagi kawasan untuk bertanding tetapi pastinya dia akan menentang Azmin dimana Azmin bertanding.
Pasti macam-macam akan keluar dari Ummi ketika berkempen. Azmin telah diserang dengan pelbagai persoalan, tuduhan dan laporan tentang peribadi dan kewangannya. SAmpai bila Azmin boleh berdiam. Lama-lama dia terpaksa berhadpan dengan semua itu.
Nampaknya akhirnya dia akan menjawab semasa pilihanraya dan ketika itu adalah suatu masa yang genting untuk menjawab. Ketika itu salah jawab boleh menyebabkan menang kalah dalam pemilihan.
No comments:
Post a Comment