Video serangan DBKL di Dataran Merdeka pagi tadi



Terkini di Dataran Merdeka. Kira-kira 70 orang anggota DBKL sekali lagi menggempur tapak kawasan perkhemahan di sekitar Dataran Merdeka sebentar tadi. Pegawai DBKL meminta mahasiswa dan para Occupy Dataran supaya menutup khemah. Mahasiswa memasang 3 khemah selepas mengadakan sidang akhbar. Kira-kira pukul 10 pagi DBKL mula merampas barang2 mahasiswa.

Beberapa mahasiswa ditangkap dgn kasar. 3 mahasiswa & 1 orang awam ditangkap olh DBKL. Maklumat yang didapati, mereka yang ditanggap ialah antaranya dari kumpulan mahasiswa iaitu Ekhsan dan Hafiz dan orang awam iaitu Saiful & Karim. Mereka dibawa ke IPD Dang Wangi. Berikut merupakan videonya.

No comments:

Post a Comment