Kali ini ustazah Mashitah juga ustazah hari Ahad buat hal lagi melalui tulisannya di Sinar Harian. Kali ini dia menulis tentang biadap.
Dia menghuraikan tentang biadap pemimpin PKR semasa pertabalan agung. Maka dia menghurailah kebiadapan PKR dan DAP satu persatu. Seronoknya dia juga mempercayai mamak Rahman seorang itu juga, sedangkan dia akan disaman kerana menuduh.
Diulang kebiadapan mereka. Ustazah hari ahad, kita ingin bertanya UMNO tak biadapkah?
Ustazah hari ahad ini juga irihati apabila Pas berbaik dengan DAP, namun tidak seorang pun pemimpin DAP yang faham atau masuk Islam. Dia juga menulis DAP cauvinis itu menjadi lebih berani dan keterlaluan kerana seolah-olah mendapat lesen daripada pemimpin Melayu-Islam Pas untuk bersikap biadab.
Ustazah Mashitah dah berapa kali mengislamkan pemimpin Cina MCA dan pemimpin Hindu MIC? Ustazah yang hanya menjadi ustazah dengan hanya 3-4 soalan yang dijawabnya di akhbar harian Metro hari Ahad setiap minggu. Itulah ustazah Mashitah.
ustazah hari ahad.. hahaha.. nak tergelak baca title tu...huhuhu
ReplyDelete