Peneroka akan berdepan hutang bukan bayaran jelas Nurul Izzah

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa peneroka Felda tidak akan menerima saham percuma atau wang insentif hasil daripada penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Sebaliknya, golongan berkenaan akan menanggung hutang untuk membiaya permohonan bagi membeli saham berkenaan, dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

"PKR difahamkan bahawa para peneroka dan pekerja Felda diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH meskipun segelintir daripada mereka mungkin mempunyai simpanan untuk membiayai permohonan membeli saham IPO tersebut," dakwanya.

Beliau mendakwa, peneroka berkenaan perlu membayar balik keseluruhan pinjaman tersebut dalam tempoh enam bulan atau melunaskannya daripada hasil jualan saham berkenaan di pasaran terbuka.

Selain itu, pemegang saham itu juga dikenakan bayaran RM200 oleh bank apabila pinjaman tersebut dikeluarkan dengan rebat RM100 sekiranya melunaskan pinjaman lebih awal, selain kadar faedah lima peratus setahun, dakwanya lagi.

No comments:

Post a Comment