Program “Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)” yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh negara, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Katanya, program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di sini hari ini.
Semalam, program P:PAS anjuran UMNO Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.
Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam.
No comments:
Post a Comment