Salam. Merujuk kepada petikan Malaysia Kini, perhimpunan Demo Anti PTPTN akan diadakan di Dataran Merdeka pada 14 April 2012 bermula pada jam 2 petang. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan ‘mangsa’ hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang ( kanan ) dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini. Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN.
Perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD. Saban tahun, semakin ramai graduan yang menganggur dan dibebani dengan hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.
Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya. Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD. Ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara.
No comments:
Post a Comment