Bantahan Lynas di Melaka sebentar tadi

Kira-kira 200 orang berhimpun di Melaka hari ini untuk membantah keputusan kerajaan membenarkan pembinaan loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan.

Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat Melaka itu antara lainnya disertai pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San yang berkata loji berkenaan belum cukup selamat, terutama kepada 20,000 penduduk di sekitar Gebeng.

"Pada hari ini kita bersama-sama semua rakyat di negara ini melahirkan bantahan kita terhadap keputusan kerajaan untuk membenarkan pembinaan Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

"Kilang ini akan memproses bahan radioaktif dari Mount Weld, Australia dan mereka mahu jadi negara kita sebagai tong sampah bagi radioaktif," kata ADUN kawasan Bachang itu ketika berucap dalam perhimpunan selama kira-kira 15 minit itu.

Perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan kampus Open University Malaysia, Bukit Palah itu turut disertai pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari yang menjelaskan perhimpunan berkenaan bertujuan menyedarkan rakyat akan keburukan pembinaan kilang berkenaan sekiranya diteruskan.

No comments:

Post a Comment