
Ketibaan Anwar disambut Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Anwar dalam amanatnya kepada mahasiswa mengatakan jika pendidikan percuma dilaksanakan maka PTPTN dengan sendirinya terhapus.
Anwar sempat menurunkan tandatangan di salah satu kain rentang dengan disaksikan ratusan rakyat yang mengikutinya ke mana sahaja beliau pergi, walaupun polis dilihat cuba membuat sesuatu terhadap kelompok besar yang berada di sini.
Anwar menambah, beliau memuji semangat dan ketabahan anak muda yang sanggup berpanas dan berhujan semata-mata agar tuntutan supaya PTPTN dimansuhkan didengar rejim Umno-APCO. Anwar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka kira-kira 11 malam.
Unit Amal PAS yang diketuai Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan tiba dari ibu pejabat agung parti itu di Jalan Raja Laut, kira-kira 1.3 kilometer dari sini. 30 orang ahli pergerakan itu akan bertugas menjaga keselamatan mahasiswa susulan insiden serangan awal pagi tadi oleh samseng dipercayai didalangi Ezam Mohd Noor.
No comments:
Post a Comment