Aktivis anti-Lynas akan mengadakan perhimpunan di Bukit Merah, Johor pada 28 April, serentak dengan perhimpunan Himpunan Hijau di Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Pemimpin kumpulan itu Hon Eng Kee berkata, program itu bagi menunjukkan sokongan daripada negeri itu daripada penduduk yang tidak dapat menyertai perhimpunan di ibu negara.
"Dan Bukit Merah tempat yang sangat sesuai untuk kami menentang Lynas kerana terdapat tapak kilang Asian Rare Earth (ARE)," katanya.
ARE ditutup pada 1994, antaranya apabila operasi pembersihan dilakukan secara besar-besaran setelah timbul kebimbangan ekoran peningkatan kadar leukemia yang tinggi.
Pada 28 April, perhimpunan hijau di Kuala Lumpur akan bergabung dengan BERSIH 2.0 di tempat sama.
No comments:
Post a Comment