Zahid Hamidi kena jelaskan rasional RM8 juta untuk kereta perisai

Siapa yang kelirukan rakyat, Zahid Hamidi atau blogger propembangkang? Siapakah blogger propembangkang tersebut? Susah sangatkah Zahid Hamidi nak jelaskan kenapa Indonesia menawarkan kereta perisai mereka pada harga RM 2.4 juta, sedangkan projek kereta perisai yang akan dibuat oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM 31.13 juta sebuah atau RM 8 bilion untuk 257 buah kereta perisai?

Adakah RM 8 bilion tersebut kos pembinaan, kos membina kilang membuat kereta perisai, kos membeli tanah untuk membuat kilang, kos blueprint atau termasuk kos hak untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta perisai? Jika ianya termasuk kos hak untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta perisai, adakah Malaysia akan beroleh keuntungan dari industri pembikinan kereta perisai ini apabila ianya dipasarkan keluar negara?

Berapa sebenarnya kos sebuah kereta perisai AV8 ini jika dibuat di Malaysia? Berapa kos sebenarnya sebuah kereta perisai AV8 ini jika dibeli terus dari Turki?

Rakyat tak tanya apa kod senjata yang digunakan oleh kereta perisai tersebut, kerana ini rahsia ketenteraan. Rakyat tak tanya apa perisian komputer yang digunakan oleh kereta perisai tersebut kerana ini juga rahsia ketenteraan. Jika negara lain boleh memberikan kos pengeluaran kereta perisai mereka dengan spesifikasi yang asas , kenapa Malaysia tidak boleh?

No comments:

Post a Comment