Akan dipecat kalau tak undi KERAjaan

Saya merasa terkilan dengan ucapan Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Pitas, Datuk Bolkiah Ismail sempena Bulan Juara Rakyat Anjuran Biro Kebajikan UMNO Kudat baru-baru ini (DE, 13 April 2012).

Beliau menyarankan PJKKK dan KK tidak melibatkan diri dengan parti-parti pembangkang dan akan membatalkan perkhidmatan mereka jika didapati berbuat demikian. Beliau juga pada masa yang sama memberi amaran para guru dan kakitangan awam akan menerima nasib yang sama jika didapati menyokong pembangkang.

Pada zaman ‘Sains Angkasa Lepas’ ini masih ada pemimpin kita berani mengugut rakyat secara terang-terangan. Semua mereka ini adalah dibayar gaji daripada pembayar dan pendapatan cukai negara.

Apakah Bolkiah sudah lupa daratan dan tidak sedar bahawa golongan pembayar cukai ini termasuk penyokong atau pembangkang kepada parti memerintah? Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap individu itu ada hak untuk menyokong mana-mana parti di Malaysia ini. [Sambungan]

2 comments:

  1. Memang sepatutnya dipecat kerana khianat kepada majikan. Amik contoh, kamu ada seorg pekerja. Selepas itu pekerja itu memburuk2kan kamu kepada musuh perniagaan kamu. Adakah kamu hendak menyimpannya lagi? Gaji pekerja itu pun, bukannya dtg dari poket kamu kerana duit gajinya adalah berpunca dr perniagaan kamu.(jk kamu lesen Sdn.Bhd la)
    Jd pendapat Ibnu Dahlan, sepatutnya kakitangan Kerajaan adalah lebih baik menjadi pengundi atas pagar. Lain pula dgn JKKK Kampung. Itu sememangnya adalah dilantik sebagai agen politik. Bila mana agen politik khianat, sudah pastinya beliau layak dipecat serta merta demi kemudahan penduduk kampungnya.

    Ini adalah kerana, jk beliau khianat dgn parti pemerintah maka kesannya ada penduduk2 kampung yg akan dipinggirkan kerana berlainan dgn pegangan politik JKKK kg.

    Terpulanglah pada admin hendak menerima ataupun tidak penerangan ini. Yang pastinya itu adalah hakikat yg nyata dgn sistem demokrasi negara kita.

    Wallahualam....

    ReplyDelete
  2. Bukankah kita berhak nak undi mana2 parti? Dan lupakah undi itu rahsia? Kita berhak pilih mana2 pemimpin yg lebih baik dari sebelumnya..

    ReplyDelete