Seperti yang dijanjikan pada minggu lepas, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Shamsidar Tahrin diberitakan sudah sah akan mengadakan sidang media bersama di ibu pejabat PKR Tropicana pada Khamis (12 April 2012)berhubung pelbagai isu berkaitan dengan pembohongan yang dilemparkan terhadap suami masing-masing. Begitu juga dengan perhubungan kedua-duanya yang dikatakan tegang akibat dari isu di atas.
Penulis juga mendengar, di akhir sidang media tersebut, satu kenyataan ringkas secara bersama akan dikeluarkan oleh kedua-duanya yang antara lain bertujuan mematikan semua fitnah liar bermotifkan politik yang dilemparkan oleh musuh-musuh politik PKR ke atas mereka berdua.
Urusan untuk sidang media tersebut sedang rancak dijalankan dan penulis difahamkan semua perkara berkaitan seperti jemputan kepada media akan diedarkan pada esok (Rabu, 11 April 2012) tapi khabar mengenainya telah tersebar luas melalui sistem pesanan ringkas (sms) sejak semalam lagi. [Bersambung]
No comments:
Post a Comment