Aku yakin kalau Salahuddin Ayub yang jadi Menteri Besar Johor lepas ni, dia tentu punya akan usahakan sedaya upaya supaya hak milik pulau Batu Putih dapat balik kepada Malaysia.
Sebelum ni bila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bagi hak milik pulau batu Putih kepada Singapura, Salahuddin Ayub cuba bawa satu usul tergempar di Parlimen supaya dibahas isu Pulau Batu Putih tu tapi malangnya ditolak oleh speaker.
Pada 18 April lepas masa membahaskan Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 Salahuddin Ayub sekali lagi bangkitkan berkenaan isu hakmilik pulau Batu Putih ni. Dia mendesak kerajaan Malaysia supaya berusaha agar perbicaraan berkenaan hak milik pulau batu Putih diadakan semula. Cenangau
No comments:
Post a Comment