Benarkah BN mampu rampas negeri Pakatan Rakyat?

Di sebalik desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan tidak lama lagi, dalam temu bual dengan Sinar Harian, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempunyai pandangan tersendiri mengenai peluang dan percaturan perikatan itu kali ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno mendakwa pengundi di negeri-negerin pimpinan PR sudah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong perikatan itu pada pilihan raya 2008.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata, Umno juga akan melaksanakan Kabinet bayangan bagi kesemua negeri yang diperintah pembangkang - Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan - untuk memberitahu rakyat bahawa BN bersedia untuk merampas dan memerintah negeri tersebut.

Menjelang PRU13, 'orang kuat' Umno dan BN ini berkongsi perjalanan pihaknya menghadapi PRU13 khususnya untuk mendapatkan balik kedudukan majoriti dua pertiga di Parlimen selain merampas empat negeri yang kini dikuasai PR.

No comments:

Post a Comment