Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen terhadap Himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28 April ini di Dataran Merdeka.
“Bagi membantu pihak penganjur himpunan rakyat Duduk dan Bantah oleh Bersih 3.0 mencapai sasaran 500,000 penyertaan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengerahkan paling minimum 10,000 anak muda dari setiap negeri untuk menyertai himpunan tersebut,” kata Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Menurutnya, Dewan Pemuda PAS setiap negeri dan kawasan perlu bekerjasama untuk membuat kerahan melalui pelbagai saluran dan net working yang dimiliki.
Katanya, bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, penyertaan anak muda yang akan mengikuti himpunan itu adalah terbuka kepada semua anak muda yang menginginkan pilihan raya yang telus dan adil.
Beliau menambah, oleh kerana 8 tuntutan Bersih 2.0 masih tidak dihirau, maka Himpunan Duduk dan Bantah sempena Bersih 3.0 itu diadakan dengan lebih aman. Justeru itu, ujarnya DPP setiap negeri perlu memastikan agar kontijen anak muda untuk BERSIH 3.0 ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
“DPPM juga mengharapkan kepada seluruh anak muda yang mempunyai kesihatan dari sudut fizikal dan mental untuk turun beramai-ramai menyertai himpunan aman ini bagi memastikan ketulusan dalam sistem pilihan raya kita,” ujarnya dalam satu kenyataan.
salam tuan ..
ReplyDeleteharap dapat link ghaflah.blogspot.com dari blog tuan
terima kasih