Bermula malam ini, seramai 30 orang daripada Unit Amal PAS akan mula berkawal di Dataran Merdeka bagi memastikan keselamatan pelajar yang di situ sejak Sabtu bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, jumlah itu akan ditambah sekiranya keadaan keselamatan masih tidak dapat dikawal. "Saya datang pagi ini untuk dapatkan maklumat daripada mereka. Dan kita akan minta Unit Amal untuk jaga keselamatan di sini supaya tak ada gangguan macam semalam.
"Saya sangat dukacita dengan kejadian pagi tadi. Melihat kejadian macam ni, saya boleh katakan yang negara kita yang demokrasi kini dah tak selamat ," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini. Beliau turut menyelar tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang pelajar awal pagi tadi.
Dia orang ni memang dah sampai tahap BIADAP dah.
ReplyDeleteDah tak hormat dah hak rakyat berhimpun.
Mengganas dan merosakkan harta benda dan mencederakan perseta perhimpunan apakah masih nak berdiam diri?
Jangan sampai dilenyet sampai lembek dan longlai baru nak angkat tangan, memang dah tak guna lagi.
Lupakanlah pasal polis.
Dah beberapa kejadian di depan mata mereka, mereka hanya lihat dan pandang. Jadi, kita tidak boleh mengharapkan lagi polis yang berada. Kita kena lakukan sendiri. Kita kena mempertahankan sendiri.
Kepada informer-informar di luar, sekiranya terjumpa dan menemui tempat penyembunyian samseng2 itu, sebarkan di media2 alternatif. Senang kita berkira.