Kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri sebagai “Occupy Dataran” telah berkhemah di Dataran Merdeka buat hari ke-enam hari ini, berkata serangan tersebut dilakukan oleh antara 60 dan 70 orang yang tidak dikenali, sekitar 2.45 pagi tadi.
Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.
“Terdapat kira-kira 60 hingga 70 samseng menyerang kawasan perkhemahan kita di Dataran Merdeka lebih kurang 2.45 pagi. Sesiapa yang mempunyai kamera dan alat perakam akan diserang. “Seorang telah dihantar ke hospital dengan ambulans,” kata kumpulan mahasiswa itu dalam satu kenyataan awal pagi ini.
Rakaman video insiden itu telah dimuatnaik di laman web YouTube, menunjukkan beberapa individu berlegar-legar di kawasan perkhemahan. Satu sidang media akan diadakan kumpulan mahasiswa itu pada tengahari ini.
Pada minit 3.21 rakaman video itu, sekumpulan lelaki muda berpakaian serba hitam bergegas ke arah kumpulan lain, termasuk yang berpakaian Bersih cuba menendang mereka. Namun rakaman video itu tidak merekodkan siapa sebenarnya dibelasah seperti mana yang dikatakan tetapi ia mengandungi bunyi jeritan yang kuat.
Kebanyakan bahasa yang digunakan sukar difahami tetapi beberapa perkataan yang jelas termasuk jeritan lelaki yang melaungkan “Bodoh! dan “Assalamualaikum” berulang kali.
Beberapa individu lain termasuk anggota polis dilihat cuba menyuraikan insiden itu dan meminta orang ramai bersurai.Satu sidang media akan diadakan kumpulan mahasiswa itu pada tengahari ini. Berikut bukti video yang berjaya diselamatkan.
Berikut pula video dan gambar selepas kejadian tersebut.
DBKL,POLIS,KERAJAAN xbrani nk amek tindakan kat diorg so SAMSENG r wt tindakan sndri.suro diorg blek je..samseng tu syg kt diorg sbnnye tp diorg DEGIL.tu yg kne brkeras ckit.tp diorg ttp degil xle wt ape r.sume ni ANWAR pye psl.kau jwb r kt akhirat nanti ANWAR
ReplyDeleteAnwar tertelan telor khinzir pon mesti salah UMNO jugak kan..
ReplyDelete