

Ketiga-tiga mahasiswa itu - Mohd Syahid Mohd Zaini, Muhammad Safwan Anang dan Haziq Abdullah Abdul Aziz - dimaklumkan berhubung perkara tersebut melalui surat hari ini.
"Saya baru sahaja menerima surat itu hari ini yang mengarahkan supaya saya menghadiri prosiding itu pada 3 Mei ini, dan Haziq serta Safwan akan mengambil surat tersebut nanti. "Kami dituduh memburukkan nama universiti bawah Akta universiti dan Kolej Universiti (AUKU)," katanya dihubungi Malaysiakini.
Mohd Syahid adalah mahasiswa tahun akhir jurusan sains politik Islam manakala Muhammad Safwan merupakan pelajar tahun tiga jurusan pengajian Islam. Kedua-duanya merupakan pelajar Akademi Pengajian Islam UM. Sementara Haziq Abdullah pula merupaka pelajar tahun pertama jurusan Undang-undang.
No comments:
Post a Comment