Saya dah lama berkhidmat kata Nazri Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersedia memberi laluan kepada muka baru untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga anggota Parlimen Padang Rengas berkata perlu ada kesinambungan kepimpinan dengan memberi peluang kepada generasi baru.

"Saya serahkan perkara ini kepada Perdana Menteri, tetapi saya sebenarnya dah lama berkhidmat, sebagai Menteri dah 13 tahun, Timbalan Menteri lima tahun, saya pun dah berumur 58 tahun, dah berkhidmat untuk satu tempoh yang lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok cawangan Umno bahagian Alor Gajah di sini.

Mohamed Nazri berkata sebenarnya beliau telah lama berhasrat untuk memberi laluan kepada calon lain bertanding bagi kerusi parlimen tersebut.

Malah, katanya, beliau telah menyatakan hasratnya itu kepada Umno Bahagian Padang Rengas, namun masih dicalonkan oleh anggota Umno bahagian tersebut untuk terus bertanding di kerusi parlimen berkenaan.

No comments:

Post a Comment