Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa meracuni pemikiran pelajar sekolah dengan sentimen perkauman bertujuan menanam kebencian melampau terhadap sesuatu pihak yang tidak disukainya.
Timbalan Pengerusi Umo Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan Guan Eng yang didakwa mengugut untuk tidak memberi peruntukan kepada mana-mana sekolah yang melanggan akhbar arus perdana adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Musa mengulas mengenai kenyataan Guan Eng dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada 84 sekolah aliran Cina pada Jumaat lalu yang melarang mereka melanggan dua akhbar arus perdana berbahasa Melayu.
Bagaimanapun, difahamkan Guan Eng menyarankan setiap sekolah Cina di negeri ini melanggan akhbar lain bagi mendapatkan berita yang tepat selain mempelajari Bahasa Malaysia. Bagaimana pula dengan Biro Tata Negara yang diadakan di Universiti dan memaksa pelajar menghadirinya?
No comments:
Post a Comment