Sebanyak 20 batang bendera milik Umno dan Barisan Nasional (BN) dibakar dalam kejadian di Taman Malinja, Semeling kelmarin.
Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kejadian itu disedari awal pagi kelmarin selepas beberapa ahli Pemuda Umno melalui lokasi kejadian.
Menurutnya, sebanyak 14 bendera BN dan enam bendera Umno yang dipasang di kawasan itu sejak dua minggu lalu telah dibakar pihak tertentu.
Tajul Urus berkata, pihaknya percaya perbuatan itu dilakukan sebaik sahaja selesai satu sesi ceramah parti lain yang diadakan di Taman Malinja malam sebelumnya.
“Saya kesal dengan keadaan ini. Umno dan BN sangat menghormati pihak lain dan tidak pernah sama sekali melakukan perbuatan khianat terhadap mana-mana pihak. Kita berharap pihak polis segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang didapati bersalah supaya budaya samseng ini tidak akan berulang pada masa hadapan,” katanya.
Bagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Pemuda BN Bahagian Merbok, Anuar Ahmad agar satu siasatan dilakukan terhadap kejadian itu.
No comments:
Post a Comment