Pakatan Rakyat Perak akan mengadakan program sempena Ulangtahun ke-4 Pakatan Rakyat yang bermula di negeri itu.
Pengarah Program, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, program yang diberina nama '17 Mac dalam Ingtan' ini akan diadakan pada 16 hb ini diadakan sempena hari mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang ke-10 bersama barisan Exco pada 17 Mac 2008.
Menurutnya, program ini bertujuan untuk memperingati dan mengingatkan rakyat tentang detik hitam di Perak apabila kerajaan yang dipilih oleh rakyat telah dirampas dengan kejam pada 16 Februari selepas 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah.
“Program ini akan dibarisi oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan tetamu jemputan termasuklah kartunis Zunar, aktivis serta blogger Hishamuddin Rais dan ramai lagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Setiausaha Sekretiariat Pakatan Rakyat Perak berkata, program berbentuk santai dan tidak sarat dengan politik ini akan diadakan di Perkarangan Pejabat DAP Perak berdekatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
“Program ini akan bermula 8.00 malam dan turut dimeriahkan dengan persembaha koir, sajak, dan nyanyian dari kalangan pelbagai kaum,” ujarnya.
Justeru, katanya, Pakatan Rakyat Perak dengan rendah hati menjemput seluruh rakyat negeri Perak agar dapat turun berama-ramai bagi memeriahkan majlis ini seterusnya menaikkan semangat gelombang rakyat dalam menghadapi PRU13 nanti dalam misi mengambil kembali tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak yang dirampas oleh BN,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment