Salahuddin: Krisis Pas Kedah 'sudah selesai'

Pertemuan khas misi damai di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di sini, yang berlangsung lebih lima jam sehingga 3 pagi tadi sudah mencapai satu penyelesaian yang diputuskan "sebulat suara", kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub sebentara tadi.

Menurut beliau, keputusan itu akan diumumkan dalam waktu terdekat.

"Sudah ada keputusan, keputusan sebulat suara... ia akan diumumkan dalam waktu. Itu sahaja yang boleh cakap," kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.

Sidang misi damai ini dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

No comments:

Post a Comment