SPRM diminta jelaskan status siasatan harta Azmin Ali

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menjelaskan perkembangan siasatannya berhubung satu laporan yang dibuat lebih dua tahun lepas mengenai harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali dan isterinya.

Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, berkata bahawa pada 17 Nov 2009 beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan kes berkenaan kemudian dikendalikan oleh SPRM.

"Seminggu selepas saya membuat laporan polis, SPRM telah panggil saya untuk diambil keterangan, (dan) difahamkan sampai sekarang kes itu masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anuar berkata bahawa demi ketelusan, beliau berharap SPRM dapat menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan siasatan itu.

Beliau turut meminta Azmin mengisytiharkan harta beliau dan isterinya

No comments:

Post a Comment