Penduduk Tagih Janji MB Untuk Geran Tanah

Para penduduk Kampung Melayu Pandan di sini menggesa YAB Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor menunaikan janji dengan mengurniakan geran tanah terhadap kampung yang berusia lebih 70 tahun itu.

”Saya merupakan pemimpin kelapan yang mewarisi permohonan geran tanah penduduk di kawasan ini yang sejak berpuluh tahun menanti sabar.

”Dalam lawatan ke kampung ini bulan lepas, MB berjanji keputusan akan dibuat dalam tempoh sebulan sama ada permohonan geran tanah itu diluluskan atau tidak,” ujar Roslan Semin yang dipetik Sinar Harian.

Pada 25 Februari lepas satu lawatan daripada MB ke kampung berkenaan diharap berakhir dengan keputusan yang membawa makna kepada mereka.

Difahamkan, keseluruhan penduduk yang menetap di kampung itu sekitar 2,000 orang, tetapi hanya 250 keluarga yang layak memohon kerana merupakan peneroka asal.

Sementara itu, ada penduduk mendakwa kepercayaan terhadap kepimpinan UMNO-BN semakin tipis gara-gara penantian untuk mendapatkan geran tersebut begitu lama.

Sehubungan itu, keputusan berhubung status kampung yang terkenal sebagai setinggan tertua di negeri ini diharap memberi petunjuk yang positif atau mungkin MB Johor boleh berkira-kira sama ada masih lagi berpeluang kekalkan kuasa atau mengemaskan sahaja barang di Pejabatnya di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar selepas PRU 13 nanti.

No comments:

Post a Comment