PAS akan meletakkan calon melawan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim di Kota Baru dalam pilihan raya umum akan datang.
Bekas Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, menjadi hak Zaid bertanding di parlimen tersebut.
“Baguslah dia nak bertanding atas tiket Kita dan PAS tidak boleh sekat hak beliau. Saya tidak tahu pengaruh Zaid di Kota Baru.
“Tetapi PAS akan letak calon lawan dia,” kata Abdul Halim.
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, PAS tidak akan membenarkan Zaid bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, ketika ini tidak ada keputusan hendak membenarkan Zaid bertanding atas tiket PAS.
“Mustahil untuk menyuruh Zaid bertanding atas tiket PAS waktu ini,” katanya.
Sebelum ini tersebar desas desus, Zaid akan bertanding atas tiket PAS di parlimen Kota Baru.
Zaid hari ini mengumumkan akan bertanding di parlimen Kota Baru dalam pilihan raya umum akan datang.
Tokoh politik kontroversi itu pernah menjadi ahli parlimen kawasan berkenaan dari tahun 2004 hingga 2008 semasa menjadi ketua Umno bahagian Kota Baru.
No comments:
Post a Comment