Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali merancang untuk berceramah setiap minggu di seluruh negara bagi menjelaskan isu membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya ceramah itu akan diadakan secara berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung.
"Saya akan menjelajah ke seluruh negara untuk berceramah, namun tumpuan akan diberikan kepada Pulau Pinang, Perak dan Kedah," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Pokok Asam, Jelutong, malam tadi.
Katanya sambutan masyarakat terhadap ceramah yang diadakannya setakat ini juga amat menggalakkan kerana semakin ramai yang ingin mendengar kebenaran.
Terdahulu dalam ceramah selama dua jam yang dihadiri kira-kira 100 penduduk, Ummi Hafilda meminta orang Melayu bersatu dan tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang termasuk Anwar yang banyak memutarbelitkan fakta.
Beliau turut meminta abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat agar kembali ke pangkuan ibu mereka yang semakin uzur.
No comments:
Post a Comment