Dalam satu lagi keputusan yang mengejutkan hari ini, presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa partinya tidak akan dibubarkan dan beliau akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu di bawah tiket KITA pada pilihan raya umum akan datang.
"Calon-calon Pakatan Rakyat dan BN tidak mempunyai banyak pengalaman, dan saya sebagai veteran di sana, jadi saya fikir saya lebih baik berbanding mereka," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya.
Beliau juga berkata KITA akan mengumumkan senarai calonnya bagi pilihan raya umum akan datang lewat bulan ini.
Katanya, KITA tidak akan dibubarkan setelah krisis dalaman parti itu di Kedah dan Pulau Pinang diselesaikan.
"Adalah satu kesilapan untuk menerima mereka, tetapi kerana kita sudah pecat mereka, tidak ada masalah lagi sekarang," kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang merujuk kepada bekas pengerusi KITA Kedah Zamil Ibrahim dan bekas pengerusi KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng.
No comments:
Post a Comment