Penjawat awam wajib sokong BN kata Ahmad Said

KETIKA berucap pada Majlis Ramah Mesra Pegawai Tadbir Negeri (TCS) Bersama Menteri Besar di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu baru-baru ini, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said mengecam penjawat awam di negeri ini yang mengkritik serta menghentam etika dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Menurutnya lagi, penjawat awam di Terengganu patut sedar bahawa wujudnya kerajaan hari ini adalah hasil kejayaan Umno-Barisan Nasional (BN) dan bukannya bergantung kepada mana-mana pihak.

Beliau menyatakan bahawa; “Penjawat awam dilantik oleh kerajaan yang memerintah pada hari ini. Mereka perlu menghormati dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan tanggungjawab, bukan bertindak hentam kerajaan."

Ya, memang menjadi etika setiap ‘civil servant’ atau penjawat awam dalam sistem demokrasi di mana-mana negara sekalipun agar mereka menjalankan tugas secara telus dan beramanah kepada ‘government of the day’ atau ‘kerajaan yang memerintah’. Lebih-lebih lagi mereka diajar agar bersikap ‘neutral’ (berkecuali) dan ‘tidak berpihak’ apabila melaksanakan tugas mereka di semua peringkat.

Dalam menjalankan tugas, mereka diajar menghindari sebarang salah guna kuasa dan rasuah. Begitu juga apabila membuat sesuatu keputusan, mereka tidak boleh mendiskriminasi rakyat kerana semata-mata berbeza fahaman politik atau parti.

Namun yang lebih penting, mana-mana kerajaan yang memerintah tidak boleh sekali-kali memaksa manamana penjawat awam untuk menyokong dan mengundi mereka dalam pilihan raya.

Penjawat awam mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih mana-mana parti dan wakil rakyat yang diyakini boleh memimpin menjadi kerajaan. Ini adalah hak ‘berpolitik’ mereka yang tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak termasuk Menteri Besar sendiri. Sambungan...

No comments:

Post a Comment