Siapa sebenarnya Nazim Razak dan Mokhzani Mahathir?

Felda dan Petronas adalah aset yang telah membawa keuntungan besar kepada Malaysia. Tetapi kini kedua-dua syarikat besar ini telah menjadi mangsa Pemimpin Umno/Bn untuk menambahkan lagi harta haram mereka. Jika kedua-dua syarikat ini terus dicuri hasilnya, saya percaya Malaysia akan duduk sama rendah dengan negara-negara yang miskin lagi kedana.

Pada 3 mac yang lalu, Dato' Sri Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebanyak RM 23 billion wang Petronas telah dibolot oleh syarikat kroni Umno/Bn. Tidak hairanlah jika adik Najib Razak dan anak Mahathir, Mokhzani diumumkan sebagai antara terkaya di Malaysia. Memang benarlah kata DSAI ketika di Batu Cave baru-baru ini yang menyamakan Malaysia dengan India. Jiak kita lihat di India, rakyatnya kita lihat hidup dalam kedaifan, tetapi pemimpinnya mempunyai harta melimpah ruah. Ini juga berlaku di Malaysia. Ini anda harus sedar.

Terbaru, Petronas telah membuat transaksi wang sebanyak RM 23 billion kepada tiga buah syarikat kroni, salah satunya dimiliki oleh Dato Mokhzani anak kepada Mahathir. Sepatutnya wang ini perlu digunakan untuk mencari gali minyak di luar negara bukan mengenyangkan kroni-kroni BN.

Sepatutnya RM 23 billion ini selalu dibelanja untuk cari gali minyak di sudan, tetapi selepas pemecatan Tan Sri Hasan Merican, dan diganti oleh orang yang dipilih sendir oleh Najib Razak, wang ini telah dibawa balik dan diberi kepada pemakan-pemakan duit haram ini. Antara syarikat yang diberi duit haram ini ialah syarikat KENCANA iaitu syarikat kepada Dato Mokhzani.

Satu lagi ketirisan yang berlaku dalam Petronas ialah jika kita lihat dalam laporan kewangan 31 Mac 2010 telah yang menunjukkan 85.6% keuntungan PETRONAS atau RM 57.6 Billion diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan. Jumlah ini membuktikan bahawa kerajaan langsung melanggar sasaran Rancangan Malaysia ke-Sepuluh iaitu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap syarikat minyak terkemuka dunia itu. Mustahil sasaran itu akan dicapai melihat kepada tahap kebergantungan kepada PETRONAS seperti kini. Umno/Bn penipu.

Saya percaya bahawa minyak merupakan pilihan besar yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan kuasa pemerintahan hebat di dalam parti Umno Najib.Pihak-pihak ketiga ini dikatakan telah diberi keizinan untuk membenarkan pilihan jual beli di dalam pasaran minyak global, yang disokong oleh minyak Petronas sendiri. Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak sejajar dengan permintaan dunia, ini telah memberi pihak-pihak kroni keuntungan yang besar dan tidak sama sekali akan kembali ke Negara ini.

Apa lagi yang anda harus tunggu lagi. Bukanlah ini cara rakyat yang sayangkan negara jika hanya mampu lihat dan tidak membuat sebarang tindakan. Jika benar-benar sayang akan negara, ayuh bangkit dan menunjukkan solidariti kepada negara kita yang tercinta. Rakyat malaysia, marilah kita boikot Umno/Bn yang telah lama mengeksploitasi harta-harta kerajaan. Pilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Baru Malaysia.

5 comments:

  1. Salam dan selamat pagi buat semua.
    Apabila sesbuah persatuan atau parti sudah mula goyah maka pemimpin yang tidak bijak akan mengecilkan jumlah ahli agar tinggal yang setia sahaja.-Dalam hati siapa tahu, tak nampak,.
    Ada juga parti tertentu yang mengajar ahli parti lain untuk lompat parti, tentu pakai tenaga luar biasa, yakni kemudahan/pangkat/kewangan/!!!
    Ada ustaz sanggup menyatakan bukan ahli sesebuah parti- Ustaz pun berpolitik.
    Ada juga ADUN ddari selangor, orang lain semua tak betul- dia sorang je betul. Waktu dulu terkenal dengan pentas forum Perdana sebagai Pengerusi, bila jadi adun dah menjadi "sensor device pulak nak mengumpat hal yang dulunya amat-amatlah di pertahankan.
    Dato2/Tan Sri2/ Tun2 and orang biasa semua, sedarlah- buatlah perubahan dan rujuklah kitab dan hadits.
    wassalam

    ReplyDelete
  2. kalau pr jadi krajaan pun diorang makan duit jugak, teruk la malaysia sebab tak ada pemimpin yang betul2 boleh di percayai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PR perintah.......itu perkataan kalau,ianya boleh jadi betul dan boleh jadi tidak.
      Tapi yang terbukti BN dah menyalah gunakanya.Kenapa kita tidak cuba berhijrah
      kepada kerajaan pakatan rakyat pulak.

      Delete
  3. bagaimana untuk menilai sesuatu yang kita tidak pernah lihat ? pembangkang tidak pernah sekali pun memerintah Malaysia.

    ReplyDelete
  4. perbezaan dilalukukan atas dasar penilalaian dan penilaian dilakukan setelah kita melihat dan merasai, bagaimana kita nyatakan yang umno lebih bagus daripada pakatan rakyat sedangkan kita sendiri tidak pernah melihat pakatan rakyat memerintah secara menyeluruh..

    ReplyDelete