Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata masyarakat setempat tidak boleh mengikut emosi sewaktu memilih parti yang mana layak menubuhkan kerajaan dan seterusnya mentadbir negara.
Beliau berkata, membuat pilihan sewaktu dalam keadaan emosi yang tidak stabil akan merugikan diri sendiri dan generasi akan datang kerana ia hanya akanmembuatkan individu itu tersalah membuat pilihan.
"Pilih kerajaan jangan pilih dengan emosi, jangan sampai tersalah pilih...pihak yang di sebelah sana (pembangkang) hanya boleh buat provokasi untuk melemahkan semangat kita. Apa yang telah terjadi pada 2008 biarlah berlalu...tetapi kali ini(pilihan raya umum ke-13) jangan sampai tersalah pilih lagi," katanya.
rakyat dah lama tersalah pilih BN
ReplyDelete