Lim Guan Eng mahu beri BN makan telur di PRU13

Dari satu majlis gaya Hollywood untuk VVIP bagi pelancaran kempen baru yang menampilkan maskot burung kenyalang 'Ubah', DAP Pulau Pinang kini serius mengumpul dana untuk jentera pilihan raya umumnya.

Belon berwarna-warni dan bendera merah kecil yang mengandungi mesej Ubah untuk perubahan, menyerikan majlis makan malam untuk mengumpul dana tersebut malam tadi, yang turut mempersembahkan lagu-lagu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.

Mesej utama dalam ucapan yang disampaikan di majlis itu ialah untuk menghalang BN daripada merampas semula Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat boleh mengekalkan negeri itu jika 40 peratus masyarakat Melayu dan 90 peratus orang Cina menyokong gabungan itu yang memenangi negeri itu pada Mac 2008.

"Jika kita boleh, biarkan BN makan telur kali ini," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu menangkis ganggunan sewaktu perhimpunan menyokong Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang bulan lepas.

No comments:

Post a Comment