Karpal ditegur Jawatankuasa Disiplin DAP

Pengerusi DAP Karpal Singh ditegur kerana membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu di khalayak ramai.

"Jika dia tidak suka, dia patutnya bangkitkan dalam perjumpaan parti. Apapun, dia adalah pengerusi parti," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai.

Tan, yang juga Naib Pengerusi DAP ditanya berhubung komen Karpal yang dilaporkan mencabar jawatankuasa disiplin parti yang memutuskan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P.Ramasamy tidak melanggar disiplin parti selepas mendalangi satu protes Disember lalu.

Karpal dilaporkan berkata bahawa empat anggota jawatankuasa yang diketuai Tan tidak layak untuk menyiasat Ramasamy dan prosiding itu patut dibatalkan sejak awal lagi.

"Dia (Karpal) tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya tidak fikir ada sebarang asas untuk menyatakan bahawa keputusan jawatankuasa disiplin itu berat sebelah. Kita telah menjalankan siasatan yang ketat dan mendapat testimoni daripada pelbagai anggota yang mengambil bahagian dalam protes yang mana terbukti tidak benar," katanya.

No comments:

Post a Comment