Pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak masih berbincang pembahagian kerusi bagi kawasan bandar yang mempunyai majoriti pengundi kaum Cina pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Ranting PKR Lanang, George Chen berkata kerusi-kerusi itu adalah Stampin di Kuching, Lanang di sini dan Miri.
Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, beliau berkata kerusi Sibu tidak termasuk dalam perbincangan itu "kerana penyandangnya Wong Ho Leng adalah pengerusi DAP negeri."
Begitu juga, kerusi bandar Kuching dikecualikan memandangkan setiausaha DAP negeri Chong Chieng Jen adalah penyandangnya bagi dua penggal.
PKR dikatakan berminat dengan kerusi Lanang yang pada masa ini disandang oleh Datuk Tiong Thai King dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), satu komponen parti Barisan Nasional (BN) negeri.
Tiong yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Sibu telah menyandang kerusi itu sejak 1995, dan dijangka dicalonkan oleh partinya bagi mempertahankan kerusi itu untuk penggal kelima.
DAP juga berminat kerana dalam pilihan raya negeri pada April tahun lepas, calonnya Yap Hoi Liong memenangi kerusi Dudong yang bersama dengan Bukit Assek, membentuk Lanang.
"Kami akan serahkannya kepada pemimpin kami untuk membuat keputusan akhir dan apa jua keputusannya, kami akan akur dan bekerjasama demi memastikan kemenangan pakatan pembangkang," katanya.
Sebelum ini, setiausaha jawatankuasa pilihan raya PKR negeri Baharuddin Moksen berkata parti itu turut mengintai sedozen kerusi dan mengenal pasti semua calonnya bagi kerusi itu.
Sementara itu di Kanowit, pengerusi ranting PKR Thomas Laja yang disebut-sebut sebagai calonnya berkata beliau kini menyiapkan dirinya untuk pilihan raya dan berharap akan bertanding satu lawan satu dengan penyandangnya dari BN, Datuk Aaron Dagang yang menyandang kerusi itu bagi dua penggal.
Pada pilihan raya umum 2008, Aaron dari Parti Rakyat Sarawak (SRS), yang juga bekas pegawai kanan perhutanan, memenangi kerusi itu tanpa bertanding.
Laja mendakwa mendapat sokongan peringkat akar umbi terutama berhubung isu perkembangan hak tanah adat dan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap pemimpin Dayak Iban pada masa ini yang didakwa tidak efektif dan sombong.
Customer relationship management (CRM) plays a significant role in the success story of a business.
ReplyDeleteNot only can you find tutorials for different MS applications,
but you may also be able to access practice tests to gauge the extent of your knowledge.
When you synchronize Outlook with your mobile devices (PDA, Palm, Windows Mobile and Smart Phone, etc.
Look into my page :: acer support centre canada ()