Tiga lelaki tersebut juga turut mengoyak bendera PAS yang digantung dihadapan rumahnya.
Berikutan daripada itu isteri beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru kerana bimbang terhadap terhadap keselamatan beliau dan suaminya.
Semasa kejadian tersebut suaminya yang dikenali sebagai Said tiada dirumah kerana bekerja. Kejadian tersebut berlaku dalam pukul 1.30 tengahari.
Dalam report tersebut, isteri beliau menyatakan salah seorang dari tiga lelaki berkenaan mengeluarkan ugutan bunuh "Mana said, aku nak jumpa dengan dia, aku dendam dengan dia, aku nak bunuh dia".
Menurut suami beliau yang mahu dikenali sebagai Said berkata ia mungkin berpunca dari sakit hati yang keterlaluan terhadap tindakannya mengantung bendera PAS di hadapan rumahnya.
"Mereka memang terkenal adalah orang kuat UMNO disini" ujar beliau lagi.Dun Bukit Baru ini diwakili oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Muhammad Rustam sebagai adun disini.
No comments:
Post a Comment