Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berasa lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beliau sendiri akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Shahrizat turut melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri semasa merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang di Temerloh, hari ini.
"Doa saya dan semua di KPWKM dimakbulkan ALLAH SWT apabila Perdana Menteri mengumumkan di Temerloh semasa merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berada di bawah Perdana Menteri.
"Alhamdulilah!" katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Najib mengumumkan akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, esok.
Najib bagaimanapun tidak menyatakan sehingga bila beliau akan memangku jawatan berkenaan.
Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April ini berikutan isu National Fidlot Corporation, yang melibatkan suaminya.
No comments:
Post a Comment