Puad Zarkashi Semacam Takut kata Salahuddin

Dr Mohd Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat telah menyerlahkan lagi kebimbangan ekoran kenyataannya menganggap YB Salahuddin terdesak untuk bertanding di Johor kerana ditolak rakyat Kelantan.

Sebaliknya, setelah Salahuddin membayangkan akan bertanding di tiga kawasan di Johor termasuklah di Batu Pahat, kenyataan Puad itu disifatkan sebagai menunjukkan ketakutan dalam dirinya.

Hal ini, kerana Salahuddin dilihat mempunyai keazaman yang kuat untuk menumbangkan UMNO-Barisan Nasional (BN) dan enggan berada dalam zon selamat.
”Kalau saya nak duduk dalam zon selamat lebih baik saya terima sahaja pelawaan itu, tetapi saya telah berazam berjuang di Johor.

”Dr Puad ini, dia mempunyai Ph D (Ijazah Kedoktoran) jadi dia tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu kerana kita mengamalkan prinsip demokrasi.

”Kalah dan menang adalah adat bertanding, jadi mengapa dia perlu takut saya bertanding di Batu Pahat,” ujarnya lagi dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau mengakui bahawa Pakatan Rakyat (PR) mempunyai kekuatan yang tersendiri iaitu sokongan daripada pengundi muda kerana mereka telah terdedah dengan pelbagai maklumat.

Dalam pada itu, perkembangan yang ada ini membuatkan BN tidak dapat bertahan kerana anak muda kini peka kepada isu-isu semasa dalam negara.

No comments:

Post a Comment